Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”
Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina di hukum dengan 100 kali sebatan, sebagaimana yang Allah firmankan dalam surah An-Nur ayat ke-2, yang bermaksud: “Perempuan-permpuan dan laki-laki yang berzina, hendaklah keduanya didera(sebat) dengan masing-masing 100 deraan(sebatan).”
Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta sistem kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembab ditambah lagi dengan ceteknya ilmu dan lemahnya iman menyebabkan kes zina semakin merebak.
Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus dengan perbuatan hina ini dan mati sebelum bertaubat kerana seksaan di akhirat lebih dasyat dari 100 sebatan.
Rasulullah s.a.w ketika Israk dan Mikraj di perlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan lender yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh, meminta agar mereka dijauhi dari penzina tersebut.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan.
Tiga bala sewaktu didunia iaitu:
-Allah mengurangkan rezekinya
-Hilang keberkatan hidupnya
-Seksaan sewaktu nyawanya dicabut.”
Menjauhi zina ialah dengan berpakaian menutup aurat, menghindari bahan lucah dan menghindari pergaulan bebas kerana sekiranya kita menghampiri zina, syaitan akan mengoda kita untuk mencuba perbuatan terkutuk itu.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Thabarani:
"Jauhilah kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah tidak bersunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya, dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.”
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:
“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya, yang demikian adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Katakanlah kepada wanita yang beriman:
“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa namapak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya…
marilah kita sama -sama mencari keredhaan Allah di muka bumi ini..^_^
No comments:
Post a Comment