Monday, 11 July 2011

CaRA MeNGeNaL NaFSu

NAFSU  berasal daripada perkataan arab yang bermaksud jiwa atau roh yang tidak zahir kpd manusia
Sifat asal nafsu adalah menentang kehendak Allah..
Apa saja perintah Allah , perkara yang disukai dan halal serta menjadi suruhan Allah..
Pasti nafsu akan membencinya..
Apa saja perkara ditegah , diharamkan dan dibenci Allah , pasti disukai nafsu..

Antara cara mengenal sifat nafsu ialah :
1)      Bandingkan perasan dengan perintah Allah
Bagi kita berat betul nak ikut perintah Allah. Nafsu mendatangkan pelbagai alasan supaya kita tidak beramal ataupun buat amal dengan serius. Nafsu dirasakan pelbagai kemanisan dalam melakukan maksiat dan yang melalaikan.


2)      Bandingkan perasaan dengan solat
Solat yang ambil masa tak sampai pun 10 minit , terasa beratlah , bosanlah dan nak cepat saja habisnya. Tambah pula APABILA kita berjemaah imam baca surah panjang2.. lagi lah tambah merungut dan marah dekat imam , tapi bila bab berhibur.. amboi 3 jam rasa kejap saje… siap kata tak puas lagila…

3)      Sikap tamak , rakus dan kedekut
Kita mestilah sedar , apa yang kita ada ni bukanlah milik kita sebaliknya milik Allah. Mengapa manusia menjadi tamak? Sepatutnya manusia haruslah menjadi pemurah dan suka bersedekah. Apabila kita tahu yang semuanya milik Allah , sikap tamak mungkin tidak terjadi. NAMUN , angkara nafsu manusia menjadi tamak dan rakus. Kenyataan semua milik Allah terus diabaikan.


kita mampu mengubahnya :D
sekian...

No comments:

Post a Comment